Assalamualaikum.
Dalam blog ini, saya ingin berkongsi soalan-soalan matematik sekolah menengah.
Harap dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar.
Soalan-soalan di bawah adalah soalan KBAT tingkatan 2. Selamat mencuba.
1.
Pak Ryan
ingin memagarkan belakang rumahnya yang berkeluasan 24 meter persegi (24 m2). Dia membeli pagar wayar dan
memasang pagar dengan membahagikan kawasan itu untuk ayam serama, arnab dan
tempat untuk berkebun seperti gambarajah di atas.
Setelah memagarkan
kawasan itu, Pak Ryan mendapati terdapat baki
pagar sebanyak 1.5 meter.
a. Berapa panjangkah pagar yang dibeli
oleh Pak Ryan?
b. Pak Ryan tidak berpuas hati dengan
hasil kerjanya dan membuka kembali pagar itu. Dia menggunakan pagar yang sama
untuk membina sangkar kecil untuk setiap
seekor ayam serama dan arnabnya. Pak Ryan mempunyai 5 ekor ayam serama dan 3 ekor
arnab.
Bolehkah Pak Ryan membina sangkar-sangkar
itu sekiranya sebuah sangkar bagi ayam serama memerlukan 3.5 meter pagar dan sebuah sangkar bagi arnab memerlukan 4 meter pagar. Buktikan jawapan anda dengan pengiraan
c. Jika tidak boleh, cadangkan satu penyelesaian (cara) jika Pak Ryan
tidak mahu membeli pagar lagi.
Gunavathi
suka menabung. Dia mempunyai 4 buah tabung kerana dia suka mengasingkan setiap
syiling yang dia ada dengan nilai yang sama.
Setelah
cukup setahun, Gunavathi mengeluarkan semua syiling itu untuk dikira.
a. Tulis ungkapan bagi mengira jumlah wang
telah dikumpul oleh Gunavathi
b. Apabila selesai mengira, Gunavathi mendapati dia mempunyai
sejumlah RM 32.80. Tulis persamaan
jumlah duit Gunavathi itu.
c. Jika semua tabung berisi wang syiling,
i) berapakah bilangan minimum duit syiling 5 sen?
ii) berapakah
bilangan maksimum duit syiling 50 sen?
tiada jawapan??
BalasPadamCan I get the answers?
PadamPENGIRAAN DAN JAWAPAN SOALAN 1
BalasPadamSoalan 1a.
=((6m-3.5m)×3)+(3.5m×2)+((y×6=24)m×3)+1.5m
=(2.5m×3)+7m+((6y=24)m×3)+1.5m
=7.5m+7m+((y=24/6)m×3)+1.5m
=16m+((y=4)m×3)
=16m+(4m×3)
=16m+12m
=28m
Soalan 1b.
=((3.5×5)+(4×3))m
=(17.5+12)m
=29.5m
=Pak Ryan tidak boleh membina sangkar-sangkar itu kerana melebihi panjang pagar itu.
Tq utk jwpn
Padam